Thursday, October 9, 2014

Tiada Sambutan Eidulfitri 1435H

Kebersamaan dan menghormati mangsa dan ahli keluarga mangsa MH370 dan MH17, Surau Al-Mujahidin dan Persatuan Penduduk memutuskan untuk tidak mengadakan program sambutan Hari Raya.

Berikut adalah ucapan Eidulfitri pemimpin-pemimpin utama negara

YAB Perdana Menteri Malaysia
Dato' Sri Najib Tun Razak

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Aidilfitri dan Salam 1Malaysia,
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.

1.            Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan ke hadrat Allah SWT, kerana sekali lagi apabila tibanya fajar syawal yang mulia, umat Islam hari ini di seluruh dunia, dengan penuh kesyukuran dan rasa saadah, menyambut satu kemenangan mujahadah besar setelah sebulan kita berjihad melawan nafsu.
2.            Sesungguhnya, madrasah Ramadan adalah untuk mentarbiyyah rohani, melatih minda serta menguji jasmani. Menunaikan ibadah puasa bukan sekadar mengekang hawa nafsu, malah mendidik jiwa supaya sentiasa menginsafi diri untuk lebih peka terhadap nasib golongan yang serba kekurangan dan dihimpit kesusahan hidup.
3.            Saban tahun, umat Islam di negara ini merayakan Aidilfitri dengan penuh kemeriahan dan keriangan tanpa sebarang gangguan daripada sesiapa pun. Begitulah indah dan beruntungnya tinggal di sebuah negara yang makmur lagi berjaya bernama Malaysia.
 seterusnya di sini


YB Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Nasional
Dato' Seri Anwar Ibrahim

… searching …..


YB Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia
Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang

Ramadan ditinggalkan, gerun kebesaran Allah
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar…

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud; “Dan kamu hendaklah menyempurnakan ibadat puasa bulan Ramadan dengan sempurnanya dan cukup mengikut masa dan harinya, dan kamu juga hendaklah membesarkan dan memuliakan Allah dengan takbir, tasbih dan tahmid, kerana mengenangkan kurnia Allah yang tidak terhingga dengan nikmat menjadi orang-orang Islam. Dan mengerjakan ibadat secara Islam supaya kamu termasuk di kalangan orang-orang yang bersyukur”.
Kepada seluruh muslimin dan muslimat, saudara-saudari yang dikasihi sekalian.

Saya bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS), saya mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri setelah kita selesai menunaikan ibadat puasa yang diwajibkan oleh Allah di bulan Ramadan.
Seterusny di sini 

No comments:

Post a Comment