Monday, March 28, 2011

Sukaneka Perpaduan Antara MPP

27 Mac 2011 - Stadium Kajang
Kehadiran peserta mencecah 400 ke 500 dan dihadiri dari pelbagai kaum. Cuaca pada amnya panas namun tidak menghalang peserta untuk terus bertanding dan berjemur memberi sokongan kepada zon masing-masing.

Yang kat tengah-tengah tu Saudara Edilfitri, SU pada Ahli Majlis Zon 21. Yang baju kuning tu Fatin, pembantu Ahli Majlis zon kita. Yang sebelah kiri tu, anak saya lah. 
Main 2 permainan dah penat dia cakap.

Deretan peserta mengikut zon. 
Sambutan menggalakkan dari 25 zon yang ada di Kajang.

Saya pun tak pasti mereka dua orang ni masuk kategori mana - remaja masuk, dewasa masuk, terbuka masuk. Penduduk Surada yang tahu sila maklumkan pada saya. Tapi syabas diucapkan pada mereka berdua. Banyak jugak menang hadiah.