Thursday, March 20, 2014

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2013

Surada, 20 Mac 2014


TAHNIAH diucapkan kepada Muhammad Haziq iaitu anak kepada Hj Ahmad Man yang tinggal di no 21 Jalan 4 kerana telah mendapat "Straight A" untuk sebelas subjek yang diambil.

Beliau bersekolah di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang

Fuhh...bukan calang-calang dapat macam tu.

Tetamu kehormat SMK BBB Jalan 2, YB Dato, Seri Idris Jusoh

Bersama ayah dan ibu

Bergambar kenangan bersama Menteri Pendidikan II, YB Dato, Seri Idris Jusoh


Friday, March 7, 2014

2 March yang menyegarkan. Alhamdulillah Ya Rabb

Bangi dan kawasan sekitar secara amnya sepanjang bulan Februari 2014 boleh dikatakan tiada hujan langsung. KEMARAU tiba awal tahun ini ... tak macam tahun tahun yang sudah.

Surada masih lagi bernasib baik jika dibandingkan dengan Balakong.


Allah jualah yang menghantar angin lalu angin itu menggerakkan awan kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yanf dikehendaki-Nya dan menjadikannya berkelompok kelompok lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya, mereka serta merta bergembira.





Dan juga Kami telah menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;