Monday, February 13, 2012

Program Menanggani Cabaran Kesihatan Masa Kini - Teknik Guasa

Surada. 12 Februari 2012


Tahniah kepada Biro Kebajikan PPDS atas usaha menjayakan program ini. Satu kaedah semulajadi tanpa pengambilan ubat-ubat hospital. Satu teknik yang sudah lama diamalkan di negara China dan ia semakin popular dikalangan masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu.


Encik Mahadir Ahmad (penceramah) dulunya telah lumpuh namun kini telah dapat sihat, dengan izin Allah setelah menggunakan kaedah rawatan ini.


Encik Mahadir Ahmad


Guasa diamalkan sebagai terapi merehatkan badan, mengesan penyakit dan merawat penyakit. Urutan dilakukan menggunakan papan yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Secara umumnya, fungsi terapi ini boleh dikatakan menyamai akupunktur dan bekam










Menurut En. Mahadir “Teknik guasa mudah. Ia boleh dilakukan di mana-mana. Boleh lakukan sendiri atau minta orang lain lakukan bagi tempat yang sukar dicapai seperti bahagian belakang badan. Ia boleh dilakukan dengan berpakaian atau tidak"


"Ulat" antara punca menyebabkan liang roma tersumbat dan pelepasan haba badan tidak normal.


Kaedah Guasa juga dapat mengesan penyakit. Gesekan dilakukan pada setiap bahagian di antara 20 hingga 30 kali. Jika gesekan berjalan lancar ia mungkin menunjukkan pesakit tidak ada masalah.




Gesekan dilakukan pada tulang belakang dari atas ke bawah. Semasa gesekan dilakukan kelihatan warna-warna merah keluar dari tubuh badan pesakit.






Selepas selesai bahagian tulang belakang, ambil jarak dalam dua jari ke kiri badan dan lakukan gesekan di bahagian tersebut membentuk garisan selari dengan garisan tulang belakang tadi. Selepas itu, ambil jarak dua jari ke kanan badan dan buat perkara yang sama.










“Bintik-bintik merah gelap dan lebam menunjukkan ada penyakit yang lebih serius. Misalnya, jika terdapat warna merah yang sangat teruk di garisan kanan badan, ia menunjukkan pesakit ada masalah paru-paru manakala di bahagian kiri badan menunjukkan masalah jantung,”


Walaupun ia nampak seperti birat namun ia tidak pedih apabila disentuh atau terkena air,




Alhamdulillah. Jantung saya normal. Cuma paru-paru je ada masalah sebab kurang oksigen. Heee...heee