Tuesday, December 27, 2011

Hari Keluarga Desa Surada 2012

Desa Surada.
Persatuan Penduduk dengan kerjasama Surau Al-Mujahidin merancang untuk mengadakan Karnival Hari Penduduk Desa Surada pada 8 Januari 2012.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa 8 hb. Perancangan ini sebenarnya telah lama diputuskan dalam mesyuarat tetapi tiada ketetapan pasti ekoran hambatan masa dan komitmen AJK-AJK terhadap urusan lain.
Mulanya dirancang pada 25hb sempena cuti Krismas tetapi dibimbangi warga Surada akan mengambil cuti panjang untuk bpulang ke kampung. Seterusnya cuti Tahunn Baru Masehi, juga atas alasan sama ditolak. Pilihan yang ada hanyalah 8hb. Harap semua warga Surada dapat menghadirkan diri.
Dibawah adalah tentatif program



Sunday, December 11, 2011

Futsal Anjuran Surau Al-Mujahidin Desa Surada

Desa Surada, 11 Disember 2011
Dewan Pusat Komuniti Taman Desa Surada dan Megah Futsal Sungai Ramal Dalam

Saudara Asri mengalukan kehadiran peserta dan jurulatih.

Jurulatih bertauliah, saudara Hisham sedang memberi tunjuk ajar asas permainan Futsal

Jam 10am, di Megah Futsal. 
50 peserta sedang memanaskan badan

Azim, antara penggerak utama

Latihan asas praktikal cara betul bermain futsal ... bermula

Begini!! care tendangnye. Kaki kiri kena selari dengan bola, badan condong sikit. 
Tendang kat bahagian permukaan depan kaki ... baru bola tak terbang.




Pengarah program ... Bro Hj Esa. 
THANKS BRO!!!!

Tuesday, December 6, 2011

Projek tebatan tetangguh punca banjir di Kajang


Penangguhan kerja-kerja projek fasa pertama tebatan banjir di Sungai Jelok, Kajang didapati antara punca berlakunya banjir kilat di bandar itu Jumaat lalu.

Pengarah Sumber Air dan Hidrologi Malaysia Hanapi Mohamad Noor berkata projek tebatan banjir itu tertangguh ekoran kegagalan Majlis Perbandaran Kajang (MPK) memindahkan 21 premis kedai yang beroperasi di tebing sungai itu.

flood in kajang"Setahun yang lepas kita memulakan kerja-kerja membina tebatan banjir di Sungai Jelok, Kajang namun projek itu terpaksa dihentikan separuh jalan kerana terdapat 21 kedai sementara beroperasi di kawasan kira-kira 200 meter dari tapak projek di tebing sungai itu.

"Pihak Majlis Perbandaran telah dimaklumkan untuk memindahkan kedai-kedai yang terlibat. Namun sehingga kini tiada tindakan diambil untuk memindahkan kedai yang bersatus sementara itu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran persidangan antarabangsa mengenai pengurusan sungai.

Hanapi berkata projek tebatan banjir setinggi 100 meter itu dijadual siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

Beliau berkata selain itu, perbuatan membuang sampah yang tidak terkawal ke dalam sungai berkenaan turut menyumbang kepada bencana banjir kilat itu.

flood in kajang"Masalah pembuangan sampah ke dalam sungai yang tidak terkawal menyebabkan laluan air tersumbat, tambahan pula kedudukan jambatan yang menjadi penghubung Sungai Jelok hanya setinggi kira-kira dua meter dari paras air. Air melimpah keluar sehingga turut menyebabkan kerosakan jambatan itu," katanya.

Hujan lebat selama dua jam dengan kadar purata 80mm di kawasan Kajang Jumaat lalu mengakibatkan banjir sedalam 1.5 meter di pusat bandar itu.

Sementara itu Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Datuk Ahmad Husaini Sulaiman berkata jabatan itu telah bersiap sedia bagi menghadapi bencana banjir.

Antara persiapan yang dilakukan ialah menubuhkan sistem ramalan dan amaran banjir di lembangan sungai-sungai di kawasan rendah dan berisko banjir, katanya.

- Bernama

Saturday, December 3, 2011

Pekan Kajang dilanda banjir kilat

KAJANG, 2 Dis: Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat.

Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai.

Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak.

Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada tahun 2008.

Berikut antara gambar-gambar yang dirakam orang ramai.



Video boleh dilihat disini