Monday, May 30, 2011

Elektrik naik 7%, gas asli akan diapungkan


Kerajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik dengan purata 7.12 peratus bermula 1 Jun ini sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Sementara gas asli pula dinaikkan RM3 setiap mmBtu setiap enam bulan sehingga mencecah harga pasaran pada 2016, apabila harganya diapung sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, seramai 44.4 juta atau 75 peratus dariapada keseluruhan 5.94 juta isi rumah tidak akan terjejas dengan tarif baru ini.

Bagi yang menggunakan 301kW hingga 1000kW, tarif dinaikkan daripada 0.1 peratus hingga 10 peratus, atau RM0.07 kepada RM30.30.

Pelepasan bil elektrik untuk pengguna yang menggunakan kurang daripada RM20 sebulan akan tamat pada Disember 2011.

Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam pengumuman bersama Peter dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, mereka berkata kenaikan itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga.

Sebelum ini, agensi berita nasional itu melaporkan, Urus niaga saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) digantung berkuat kuasa pukul 2.30 petang sehingga 5 petang ini.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata penggantungan itu berhubung dengan satu pengumuman penting.

Kehadiran Orang Baru Surada

Serdang, 25 May 2011


Alhamdulillah, Putera ke-5 pasangan Mohd Gaddafi Ibrahim & Halwani Nawawi dilahirkan pada jam 9.15 malam, Rabu tanggal 25 Mei 2011 di Hospital Serdang.


Semoga Alloh memberikan keberkahan untuk dirimu atas (karunia) yg diberikan kepadamu. 
Semoga engkau mensyukuri Yang Maha Memberi 
hingga sang anak menjadi dewasa dan menjadi anak yang berbakti.
INSYAALLAH        

Monday, May 23, 2011

Konvensyen Persatuan Penduduk dan NGO DUN Bangi

21 Mei 2011, Bangi - Bertempat di dewan di aras 1 Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi, telah diadakan satu Konvensyen Persatuan Penduduk dan NGO peringkat DUN Bangi yang melibatkan Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 14, 20, 21, 22, 23 dan 24 serta Pejabat ADUN Bangi.


Konvensyen ini adalah kesinambungan daripada Program YB Masuk Kampung dan Program YB Jumpa Kita yang telah diadakan didalam 6 fasa melibatkan kawasan seperti Kampung Sungai Ramal Luar, Kampung Sungai Ramal Dalam, Kampung Sungai Tangkas, Taman Kajang Mewah, Taman Bukit Mewah dan Taman Kajang Utama.

Melalui program 'Turun Padang' diatas, didapati maklumat berkenaan produk dan dasar Kereajaan Selangor masih gagal sampai ke peringkat akar umbi. Justeru itu, melalui penganjuran konvensyen ini wakil pemimpin penduduk boleh mendapat gambaran dan maklumat sebenar berhubung sesuatu dasar atau produk kerajaan Negeri.

Ucapan pembukaan adalah dari Penyelaras Konvensyen iaitu Tn Hj Mohd Shafie Ngah yang juga merupakan ahli MPP Zon 23. Perkara pokok yang beliau sampaikan adalah komitmen ahli MPP untuk memberi kehidupan selesa kepada rakyat. Dalam usaha itu, ada perkara yang dapat dilaksanakan dengan segera dan ada yang perlu ditangguh proses pelaksanaanya. Ini berikutan kekangan kuasa diperingkat Negeri dan peringkat Persekutuan.
Perkara yang didalam bidang kuasa Majlis seperti menukar dasar dapat disempurnakan secara cepat. Manakala perkara-perkara melibatkan penyelenggaraan infrastruktur seperti pembersihan jalan, lampu jalan dan longkang kebanyakannya adalah tanggungjawab kerajaann Persekutuan dan Majlis tiada kuasa.
Satu contoh yang beliau utarakan adalah berkenaan kutipan sampah oleh pihak Alam Flora. Urusan kutipan sampah adalah dibawah MPKj tetapi perlantikan kontrak adalah dibuat oleh kerajaan Persekutuan. MPKj cuma dapat memantau dan menjadi pendesak kepada sebarang adan yang diterima tetapi tiada kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan.
Demi menjamin keselesaan rakyat, Ahli-ahli MPP atas saranan YB Menteri Besar akan turun padang mendekati rakyat untuk mengetahui secara dekat permasalahan yang dihadapi. Program ini akan dilaksanakan secepat yang mungkin.

YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang juga sempat meluangkan masa beliau untuk hadir. Berdasarkan kepada program-program bertemu rakyat yang beliau sendiri hadiri, beliau mendapat gambaran bahawa banyak program-program Kerajaan Selangor masih tidak diketahui oleh rakyat.
Beliau mengharapkan setiap daripada perwakilan akan dapat menjadi agen kepada Kerajaan Negeri dalam hal ini. " Jadilah mata, telinga dan mulut kepada pihak kerajaan". Segala rungutan dan kesusahan rakyat disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan seperti ahli-ahli majlis. Ini adalah untuk meningkatkan lagi usaha MPP memberi khidmat terbaik kepada rakyat.









Monday, May 9, 2011

Harga gula naik 20 sen

Malaysiakini

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei).

Penyelarasan subsidi itu akan membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM116.6juta.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, kenaikan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Ekonomi pada hari ini.

azlan"Langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat," kata Mohd Zain.

Jelasnya, walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan.

Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG). 

Kenaikan yang dikenali sebagai "4-dalam-1" itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur.

Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan "5-dalam-1. 

Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.