Saturday, November 12, 2011

Majlis Sukaneka & Hari Kecemerlangan Tadika Permataku

Perkarangan lapang Pusat Komuniti Desa Surada, 13 Nov 2011

Dialog Keselamatan Desa Surada

Surau Al-Mujahidin, 12 Nov 2011.


Dialog ini diadakan adalah untuk mencari kata sepakat warga Surada berkenaan soal keselamatan taman yang semakin meruncing ekoran beberapa siri kejadian ragut dan pecah rumah.


Dihadiri seramai 32 orang penduduk.


Cadangan PPDS adalah seperti berikut:-
1)   Kawalan Keselamatan 24 jam
2)   Pagar disekeliling taman terutamanya Jalan 1 dan Jalan 11
3)   Sistem Rondaan Dinamika
4)   Kawalan keluar masuk kenderaan
5)   Pengunaan pelekat kenderaan
6)   Memasang CCTV dipintu masuk utama dan tempat strategik
7)   Pendaftaran pekerja yang melakukan kerja-kerja di dalam taman
8)   Laluan khusus untuk masuk dan keluar
9)   Sistem tindak segera (Trigger System)
10) Team Tindak Segera (TTS)
11) Jawatankuasa Keselamatan


Konsensus
1)  Kos pembinaan pagar adalah RM200.00 setiap rumah. Pembayaran adalah flexible.
2)  Upah pengawal keselamatan RM20.00 sebulan untuk setiap rumah
3)  Jawatankuasa Keselamatan setiap Zon
4)  Tindakan segera sebelum pelaksanaan diatas adalah mewujudkan semula sistem rondaan malam.


AKAN DIKEMASKINI SEMULA

Persidangan meja bulat bersama Ahli Majlis Zon 21

Dewan Dato' Sidek Fadhil, 11 Nov 2011

Tujuan diadakan npertemuan ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang pembangunan infrastruktur dan prasarana khususnya dikawasan Taman Desa Surada dan sekitar.

Persidangan ini dihadiri oleh pihak Persatuan Penduduk Desa Surada, Surau Al-Mujahidin dan wakil penduduk Sungai Ramal Dalam.

Friday, November 11, 2011

Pelaburan Di Selangor: Soalan Adun Bangi Di Sidang Dewan Negeri November 2011

Shah Alam, 16 Zulhijjah = 11 November (Jumaat):

Setiap kali Sidang Dewan Negeri, setiap Adun dikehendaki menghantar 10 Soalan Lisan

Dan 10 Soalan Tulisan. Untuk Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor pada kali ini Adun Bangi menghantar 10 Soalan Lisan dan 10 Soalan Tulisan. Tidak semua soalan diterima, jika tidak releven, setengahnya mungkin ditolak. Soalan-soalan yang dihantar Adun Bangi bagi kali ini nampaknya semua diterima. Soalan yang dijawab di dalam Sidang ialah soalan-soalan lisan, tetapi beberapa soalan sahaja dari 10 Soalan Lisan yang diterima akan dijawab menurut susunan, manakala soalan tulisan dan soalan lisan yang tak sempat dijawab akan dihantar jawapan kepada Adun-Adun kemudian.

Soalan pertama bagi Adun Bangi, keluar pada hari pertama (Selasa 8 November), iaitu soalan no. 6 menurut susunan ialah: