Friday, January 20, 2012

Kedudukan Wanita Sebelum Islam Dan Wanita Kini

Wanita sebelum Rasulullah S.A.W, tidak berdarjat dan tidak berguna kecuali untuk memelihara keturunan dan mengatur rumahtangga. Apabila isteri melahirkan anak yang tidak cantik mereka akan membunuhnya. Wanita yang ‘subur’ dipinjam kepada lelaki (bukan suaminya) untuk melahirkan anak. Pendek kata, masa perkembangan peradaban Yunani, wanita hanya melayani cinta dan hawa nafsu.

Plato dan Aristotles

Wednesday, January 18, 2012

Pakar sejarah: Hang Tuah, Hang Li Po tak wujud



Buku teks sejarah akan ditulis semula bagi menyelaraskannya dengan fakta dan bukannya mitos dan legenda, kata pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Sebagai contoh, katanya, tiada rekod menunjukkan laksamana Melaka Hang Tuan dan Hang Jebat serta Puteri Hang Li Po benar-benar wujud, lapor The Star.

upm student suhakam memo 211107 khoo kay kim
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada anekdot sejarah yang tidak dapat disahkan akan dimasukkan dalam cadangan baru sukatan pelajaran sejarah untuk 2014.

Khoo (kanan) yang juga sebahagian daripada anggota jawatankuasa bagi menganalisis kurikulum itu berkata, cakap-cakap tidak wajar dimasukkan sebagai fakta dalam buku teks.

"Agenda utama jawatankuasa ini untuk menanamkan unsur patriotisme" (di kalangan pelajar)

"Pandangan peribadi saya, mitos dan legenda tidak patut dimasukkan dalam kurikulum.

"Bagaimanapun, jika mereka pilih memasukkannya, ia mesti dengan jelas menyatakan bahawa cerita-cerita itu bukan berasaskan fakta," beliau dipetik sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

Saturday, January 14, 2012

Perang Dengan Syarikat Dan Kontraktor Yang Mensabotaj Pemungutan Sampah

MPKj, 18 Safar 1433 = 12 Januari 2012 (Khamis):

Adun Bangi biasanya tidak menghadiri jemputan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kecil MPKj yang begitu banyak itu. Adun hanya biasanya menghadiri Mesyuarat Penuh yang diadakan setiap bulan dalam mana semua mesyuarat jawatankuasa kecil dilaporkan. Tetapi pada hari ini Adun sengaja menghadiri mesyuarat jawatankuasa kecil mengenai sampah yang kesemua ahli dijemput, memandangkan keadaan sampah di bawah MPKj sejak seminggu ini begitu kritikal. Adun sendiri selain dari menerima e-mail, surat, maklumat lisan, turut menerima bisikan-bisikan dari kawan-kawan atau penduduk kawasan yang Adun temui memaklumkan tentang masalah sampah yang dihadapi penduduk. Tidak tahan dengan tekanan masyarakat mengenai masalah sampah, sebab itu pada jam 3.00 petang ini Adun menghadiri mesyuarat mengenai sampah.


Monday, January 9, 2012

Sekitar Karnival Hari Keluarga Desa Surada 2012

Desa Surada, 8 Januari 2012

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancer walau di peringkat awalnya kehadiran penduduk tidak seperti dijangkakan. Risau jugak takut-takut hadiah lebih pada orang yang datang. Menjelang pertengahan pagi, kehadiran agak memberangsangkan dan acara-acara yang telah diprogramkan berjalan lancer.

Terima kasih Surada. 
Terima kasih peniaga-peniaga. 
Terima kasih AJK-AJK yang bertungkus lumus.
Terima kasih AJK-AJK ad-hoc kerana sudi membantu
Terima kasih semua yang hadir

Malam terakhir .... kerja-kerja santai.
Ye ke??

Hadiah-hadiah dalam proses pembungkusan

Sebahagian barang 'Jumble Sale'

Kerja-kerja amatur

Mat Kompang. .... kepak-kepak-kepak,,,dung-dung-dung
Terima Kasih ye

Pengacara Majlis, saudara [ ].
Tahniah dari kami kerana ke'cool'an semasa program berlangsung.
Lain masa kite jemput lagi eh.

Pengarah Program, En. Mohd Azam Hamzah.

Ahli Majlis MPKj Zon 21, En Mohd Yusoff Bachek.