Saturday, June 30, 2018

Majlis Sambutan Hari Raya Surada 2018



Info
------
PPDS dengan kerjasama pihak Surau Al-Mujahidin telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Surada 2018 seperti maklumat berikut:

Tarikh :   30 Jun 2018 (Sabtu)
Masa  :  10 pagi - 12.30 tgh
Tempat : Perkarangan Dewan Komuniti Persatuan Penduduk Taman Desa Surada






Gambar Aktiviti
-----------------------





















































































































Ucapan Penghargaan Pengerusi PPDSB 
-----------------------------------------------------------
Assalamualikum wbt.

Syabas, tahniah & terima kasih yang tidak terhingga kepada Pengarah & AJK Majlis Sambutan Hari Raya Surada 2018, AJK PPDS, Ketua-ketua Jalan, Pengerusi & AJK Surau Al-Mujahidin yang menjadi penganjur bersama, Pengerusi Taman2 dibawah kariah Surau Al-Mujahidin, Taman Mutiara Villa, Taman Seri Mutiara,  Wadil Barakat, Surada Residen, Taman Melati dan tuan2 & puan2 yang sama-sama hadir menjayakan majlis hari raya kita hari ini.

Syukur Alhamdulillah cuaca juga bersama-sama dengan kita sehingga majlis selesai. Juadah juga habis dimakan tanpa lebihan yang membazir. Makanan yang lazat, minuman yang pelbagai, buah-buahan yang segar lagi enak menceriakan dan memeriahkan lagi majlis hari ini. Tahniah kepada pasangan MC yang dapat menghidupkan suasana sambil mengawal perjalanan majlis dengan baiknya. 

Kehadiran yang dianggarkan sekitar 500 orang walaupun hari ini ramai yang menerima jemputan untuk pelbagai majlis lain amat saya dihargai. Kerjasama Wanida & muslimat surau sangatlah membanggakan.

Semoga majlis kita hari ini menjadi penyebab untuk semangat kejiranan dan perpaduan yang lebih baik untuk kita warga Taman Desa Surada yang kita sayangi ini.

Akhir kata, kepada yang masih berpuasa enam, selamat berpuasa, kepada yang telah menghabiskannya, selamat berhari raya. Maaf atas segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan. Semua yang baik itu dari Allah, semua yang lemah itu adalah kekurangan diri ini.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat dan taqabbalallahu minkum, selamat hari raya maaf lahir & batin.

Pengerusi PPDS
30hb Jun 2018