Wednesday, February 10, 2021

Pemakluman Kematian



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un Allahummaghfirlahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu ‘anhu. 

Hari ini 11 Februari 2021 perginya seorang pemimpin masyarakat Taman Desa Surada yang sangat kita kasihi. Wataknya sangat berhemah, lemah lembut dan prihatin dalam menangangi isu masyarakat.

PPDSB khususnya dan penduduk Taman Desa Surada sesungguhnya sangat terasa kehilangan Allahyarham. Ucapan Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham

Marilah kita bersama-sama berdoa agar Allah menempatkan rohnya dalam kalangan orang-orang soleh,dan diangkat darjatnya sisi Allah dan semoga Allah memasukkannya ke dalam Syurga Firdaus. Amin yarabalalamin.

Tuesday, January 19, 2021

Kerja-kerja Pembaikan Longkang Jalan 12

 Kerja-kerja pembaikan longkang Jalan 12 sepanjang 150 meter sedang dilaksanakan





Buat parit agar air mengalir terus ke dalam sump. Selama ini air mengalir ke jalan 12 menyebabkan air bertakung dan banjir kilat





Projek ini juga adalah kesinambungan kepada usaha yang telah dimulakan pada 2019 yang boleh dirujuk di sini https://www.youtube.com/watch?v=L1J3TTqmCos&t=48s



Tuesday, July 14, 2020

Aktiviti Kebajikan: Sumbangan PPDSB




Info
------
Menyampaikan Sumbangan PPDSB kepada isteri En. Yazid Jln 15, kerana anak mereka di sahkan menghidap penyakit kanser.


Sunday, April 26, 2020

Sumbangan Kepada Ahli-ahli PPDSB Yang Terjejas Akibat Covid-19



Info
------
Persatuan Penduduk Desa Surada Bangi (PPDSB) telah menyampaikan sumbangan kepada ahli-ahli  yang terjejas akibat Covid 19 seperti maklumat berikut.

Tarikh. 26/4/2020 Hari Ahad
Masa. 6 petang
Tempat. Dewan Komuniti.


Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban ahli yang ditanggung sepanjang tempoh PKP.


Gambar Aktiviti
-----------------------