Sunday, August 25, 2013

Hari Raya Eifulfitri 2014

Surada
Hari Raya Eidulfitri 2013M/1434H

Pusat Kawalan Malam 

Pintu masuk ke Jalan 12 di tutup


Sunday, August 4, 2013

Majlis Khatam Quran dan Sumbangan

Surau Al-Mujahidin
4 Ogos 2013

TIADA TAZKIRAH MALAM INI

Majlis khatam diadakan selepas solat Magrib
Susun rehal
Perta khatam ... remaja belum masuk saf lagi tu
Imam import kita. Imam Mukhlisin dr Indonesia dan Imam Yunus dari Bangladesh. Kedua duanya pelajar Darul Quran Wal Qira’at, Repek, Pasir Mas, Kelantan

Thursday, August 1, 2013

Abang Ruslan Siak Surau Al-Mujahidin meninggal saat sujud

Surau Al-Mujahidin
Surada, 1 Ogos 2013

Inna Lillah Hi Wainnailai Hirajiun.

Siak Surau Al-Mujahiden Desa Surada, Saudara Ruslan Ishak telah kembali ke Rahmatullah selepas Solat Zohor sebentar tadi.

Allahyarham meninggal saat sujud solat sunat Ba’diyyah .

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Ramal Dalam selepas solat Asar.

Imam Mohd Shukor Atan, antara yang memandikan jenazah menceritakan bahawa proses perjalanan arwah untuk kembali kepada penciptanya amat mudah. Seolah-oleh arwah sudah tidak sabar sabar lagi bertemu. Satu kematian yang perlu dicemburui oleh setiap muslim. Matinya didalam sujud dimana saat itulah keberadaan kita dengan Allah begitu hampir. Sudah pastinya dalam keadaan berwuduk. Dibulan Ramadhan, bulan penuh rahmat. Di fasa ketiga iaitu fasa pengampunan. Di hari Khamis, iaitu hari penunaian hajat. Di rumah-Nya sendiri Arwah dijemput. Allah Maha Besar.


Semoga isteri Allahyarham, Puan Mariani dan keluarga sabar dengan ujian ini.





Berita Sinar boleh diakses disini


 Berita Harian Metro boleh diakses disini

Setiausaha Surau, Hj Baharum, Ketua Keselamatan PPDS, En. Zamri dan Pengerusi PPDS, Mej (B) Muhd Halim dan beberapa jamaah antara yang terawal menyedari kelainan pada Allahyarham Ruslan. Sujudnya diluar kebiasaan normal.




Kutipan Derma Kilat.
Kelihatan Pengerusi PPDS di situ bersama tabung derma. 


Bacaan tahlil oleh Ustaz Mohd Shukor Atan, Imam Surau Al-Mujahidin yang juga merupakan salah seorang rakan seperjuangan Allahyarham

Kematian ini tersebar meluas melalui media talian internet dan dikongsi dan ditanda Suka oleh ramai penjengok dan pengunjung



Antara blog-blog/facebook yang menyiarkan berita ini adlah seperti di bawah:-

Facebook YB Ust Shafie Ngah mencapai 30,000 lebih like

Facebook Ustaz Ridhuan Mohamad Nor mencapai 4,000 lebih like dan 1,000 lebih share







Ribut di Surada

Surau Al-Mujahidin, Surada
26 Julai 2013

Ribut yang agak luarbiasa telah menerbangkan khemah-khemah tempat kariah Surau berbuka puasa.

Kejadian berlaku ( Bila ek - sebeleum ke, semasa ke, selepas solat Jumaat??)

Ikuti temuramah  dengan saksi kejadian


Khemah Muslimat untuk iftar. Ranap
Khemah iftar tempat Muslimin. Terus terbang luar kawasan

SUASANA PUASA DI SURADA 2013

Segala gambar terutama dari rakan-rakan Whatsapp Tetangga Surada akan di upload disini 

AJK Ihya' Ramadhan 2013
Malam Ramadhan.
Pengerusi Surau Al-Mujahidin, Hj Yazid Ansilin memberi ucapan alu-aluan kepada para jamaah


Malam Ramadhan.
Pengarah Ihya' Ramadhan 2013, Ust Gaddafi Ibrahim memberi penerangan ringkas tentang program sepanjang Ramadhan
Antara Jamaah


Tahun ni ada sedit kelainan. Budak-budak akan dibawa ke Dewan Komuniti semasa sesi tazkirah berlangsung. Program ini di atur oleh En. Muhamad Fairuz, Timb. Pengerusi PPDS