Wednesday, January 22, 2020

Tuesday, January 21, 2020

Penurapan Jalan yang Menakongkan Air

Info
------
Kerja-kerja menurap jalan yang menakongkan air bila hujan telah dilakukan oleh kontraktor MPKj.



Wednesday, January 15, 2020

Pembinaan Pondok Pengawal di Jalan 15

Info
------
AJK PPDSB dalam mesyuaratnya ke-3 pada 29 Disember 2019 telah meluluskan pembinaan sebuah lagi balai pengawal di Jalan 15.

PPDSB telah berjaya mengumpulkan kayu, zing, plywood terpakai sebagai usaha mengurangkan kos kepada RM2,000.00 sahaja. Kos ini tidak termasuk penyediaan tapak plantar besi seluas 10'x 23'. Kos besi sahaja RM700.00.

Pengerusi telah memberi kelulusan kerja-kerja perlu dilaksanakan dengan segera kerana barang-barang terpakai telahpun dikumpulkan di kawasan berkenaan.

Pengerusi juga bersetuju agar PPDSB memohon sumbangan daripada beberapa ahli korporat, YB Dan juga Ahli Majlis bagi menampung kos projek tersebut. Surat berkaitan telahpun dikeluarkan.

Ketua Keselamatan akan memantau dan mengendalikan projek ini dengan sebaik mungkin.








Friday, January 10, 2020

Operasi COMBI SURADA di Jalan 2

Info
------
Ekoran adanya beberapa kes denggi baharu di jalan 9 & 3, wakil kont. pejabat kesihatan Hulu Langat telah menemui beberapa tempat pembiakan aedes di jalan 3 . 

Ptg tadi mulai 5.30 ptg, Combi Surada telah turun ke jalan 2 & 4 bagi menjalankan operasi pencarian tempat pembiakan aedes.

8 buah rumah telah dibuat  pemeriksaan. Alhamdulillah. Tiada penemuan jentik- jentik.
6 buah rumah tiada tuan rumah.