Monday, September 2, 2013

Surada dapat warga baru - Alhamdulillah

3 Sept 2013
Hospital Pakar An-Nur
Jam 8.15 pagi

Tahniah kepada Ustaz Rosli Jusoh atas kelahiran anak yang ke enam.
Perempuan katenya.



Innalillahiwainnailaihirajiun .... Al-Fatihah

Surada 3 Sept 2013

Ibu kepada Mej. (B) Ali Khan - Jalan 11 telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi.
Jenazah akan disembahyangkan di Surau Al-Mujahidin dan dikuburkan di tanah perkuburan Sungai Ramal Dalam


Diesel, RON95 naik 20 sen

Malaysian Insider
Malaysiakini
Sinar Harian
Berita Harian
Astro Awani
Presiden Parti Islam Se-Malaysia - Harga minyak naik, hadiah BN kepada Rakyat
Keadilan Daily
Roket Kini
Ulasan IKIM

Perkara ini hangat di Group Whatsapp Surada

Perutusan Hari Kemerdekaan ke 56

Najib Razak

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

1. Alhamdulillah, segala puji dan syukur yang setulusnya, dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran di bawah lembayung rahmat dan keredhaan-Nya, kita sebagai rakyat Malaysia, berpeluang meraikan ulangtahun kemerdekaan negara buat kali yang ke-56 dalam keadaan permai sentosa. Tahun ini juga merupakan tahun ke-50 Sabah dan Sarawak bersama-sama menyambutnya sejak 1963.
2. Sesungguhnya, bersesuaian dengan situasi semasa, MalaysiaKu Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku, telah dipilih sebagai tema yang tepat untuk Hari Kebangsaan kali ke-56 ini.

Seterusnya disini

Anwar Ibrahim

Sekali lagi menjelang 31 Ogos, kita akan meraikan Hari Merdeka, hari yang cukup gemilang dan bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. Kini adalah masanya untuk kita menghimbau kembali pencapaian dan kegagalan kita dan memandang ke depan untuk hari-hari dan bulan-bulan yang mendatang. Kini adalah masanya untuk bermuhasabah dan bertanya apakah sebenarnya erti Merdeka dan apa yang boleh kita pelajari dari masa silam dan harapan di masa depan.
‘Merdeka’ memiliki makna yang lebih dalam berbanding perkataan ‘Kebebasan’. Ia bukan sekadar persoalan dibebaskan dari cengkaman penjajahan atau penindasan asing jika ianya kemudian digantikan dengan penindas di tanah air sendiri yang barangkali lebih rakus dan tamak. Merdeka bermaksud bebas dari sebarang bentuk kezaliman dan penindasan dalam apa jua bentuk dan negara dipacu ke arah baru menuju keadilan, kebebasan, demokrasi dan kemuliaan insan.
Seterusnya disini