Monday, December 23, 2013

Surada di puncak Broga 2.0

15 Disember 2013

Cemburu dengan kejayaan Broga 1.0, penganjur telah di paksa menganjurkan sekali lagi 'trip' ke Broga.

Bertolak dari Surada seawal jam 5 pagi





Monday, December 9, 2013

Surada di puncak Bukit Broga

8 Disember 2013
Awal pagi di hadapan Pusat Komuniti Surada








Bantuan Banjir Warga Surada untuk Pantai Timur

7 Desember 2013.
Surau Al-Mujahidin 

Misi Bantuan Banjir Pantai Timur



Penyelia anak-anak Tahfiz Khalifah Hj Rosmandi Ishak

Pengerusi Surau, Hj Yazid Ansilin bersama anak-anak Tahfiz Khalifah
 

Bantahan Penjualan Arak oleh Gabungan Masjid Surau DUN Bangi

27 Disember 2013

Program Cuti Sekolah 2013 - Al-Baghdadi



Seramai 19 anak-anak Surada menyertai program ini



Pelancaran Gabungan Masjid Surau DUN Bangi

Program Cuti Sekolah 2013 - Bengkel Wonder Math

23 November 2013 @ Surau Al-Mujahidin





Al-Baghdadi - Demo

21 November 2013
Surau Al-Mujahidin, Surada




Al-Baghdadi - Demo

Ketua Imam Surau Al-Mujahidin bersama Dr Zakir Naik

Program Cuti Sekolah 2013 - Pelajar Tahfiz di Surada

Thursday, November 14, 2013

Keputusan UPSR 2013

14 November 2013

Apa cerita anak-anak Surada ye ...............

Kalau ikutkan senarai solat hajat dulu ada dalam 10 orang


Gotong Royong Membersihkan Dewan Komuniti

10 November 2013
Desa Surada
8.00 pagi sampai ler Tengah hari







Wednesday, November 6, 2013

Surada dapat warga baru lagi sekali - Alhamdulillah

6 November 2013
Hospital Serdang

Alhamdulillah. Ini adalah putera ke-6 Ustaz Mohd Gaddafi. 
Semoga isteri, baby dan anak anak dirumah di bawah jagaan Allah
Semoga cepat sembuh dan cepat-cepat keluar wad



Tokoh Maal Hijrah - Ibu & Bapa Ustaz Rosli Jusoh

5 November 2013
Dewan Besar Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

Ibu dan bapa Ustaz Rosli terpilih sebagai Tokoh Keluarga Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu.




Perutusan Maal Hijrah 1435

5 November 2013
Malaysia Tercinta


Perutusan Maal Hijrah 1435H

Perdana Menteri Malaysia, 
Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita diberi peluang meraikan Sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah. Maal Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. 

Saban tahun, kita pasti akan mengimbau dan mengiktibari peristiwa hebat yang telah menjadi asas kepada gemilangnya cahaya syiar dan syariat Islam ke seluruh alam, merentasi benua dan zaman. Syariatnya abadi menerangi kehidupan menjadi rahmat seluruh insan.

Sebagai sebuah negara Islam,... seterusnya disini

 
Ketua Pembangkang Malaysia, 
Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tatkala menghimbau peristiwa Hijrah, kita sewajarnya menginsafi iltizam dan tekad Rasulullah SAW yang tetap istiqamah dalam memacu dakwah dan proses perubahan ummah. Meski pun dihadapkan dengan pelbagai rintangan dan mehnah, namun umat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW tetap teguh berpegang kepada prinsip dan keimanan kepada Allah SWT.

Peristiwa Hijrah sememangnya telah membuka dimensi baru dalam sejarah ketamadunan Islam. Sentimen dan faham perkauman berteras semangat kabilah dan suku yang menebal di kalangan masyarakat Arab ketika itu telah berjaya dirobek dan dipecahkan.
Perpindahan umat Islam dari Makkah ke Madinah menyaksikan bermulanya era baru ... seterusnya disini


Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang

Madinah sebelum kedatangan Rasulullah adalah sebuah Negara yang tidak dikenali oleh masyarakat dunia. Namun, selepas hijrahnya Nabi SAW, Negara Madinah mula dikenali sebagai negeri yang diutuskan Nabi akhir zaman. Bahkan Negara Islam Madinah menjadi sebuah Negara yang digeruni oleh musuh dan dihormati oleh kawan.

Masyarakat madinah sebelum kedatangan Islam ialah masyarakat yang berpecah belah di atas dasar kabilah-kabilah (puak-puak). Ekonominya pula dimonopoli oleh bangsa yahudi yang mengamalkan sistem riba yang mengakibatkan masyarakat Madinah berada dalam keadaan tertindas. Ini menjadikan masyarakat Madinah dalam keadaan terumbang ambing tanpa kemajuan.

Apabila hijrahnya Nabi ke kota Madinah, Nabi telah menyatukan antara kabilah ... seterusnya disini


Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN)


Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H
Setahun berlalu dengan pelbagai peristiwa dan sejarah telah kita catatkan. Sebagai manusia pastinya setiap kali tahun baharu muncul akan ada pengharapan untuk kebaikan.
Begitulah gambaran Hijrah yang tercatat di zaman khalifah Islam ke 2 waktu itu, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab. Seorang pemimpin yang berperibadi tinggi, berhemah dalam pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat. Tegas dan adil menjalankan tanngungjawab.
Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab semasa pentadbirannya menekankan dan menggalakkan kegiatan keilmuan ... seterusnya disini

Gotong Royong Rumah Tuan SU Surau - Kesedaran sivik Tak ada ka?






Kuliah Maghrib bersama Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man













Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai dan Jualan Sarapan Pagi