Monday, April 14, 2014

Misi Ziarah & Dakwah ke Sabah







Catuan Air Selangor - Perbahasan ADUN Bangi



TUAN TIMBALAN SPEAKER: Yang Berhormat Bangi.

Y.B. TUAN MOHD SHAPIE BIN NGAH: Terima kasih Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Saya juga berminat untuk bincang tentang usul Ketua Pembangkang ini mengenai Cadangan Catuan Air disegerakan seberapa mungkin,

Y.B. TUAN NG SWEE LIM: Segera diberhentikan

Y.B. TUAN MOHD SHAPIE BIN NGAH: Diberhentikan seberapa cepat. Ini adalah satu cadangan yang sebenarnya membimbangkan seluruh rakyat Selangor. Nampak usulnya bagus tetapi membimbangkan kerana bila kita mencatu sesegera mungkin kadar keadaan air yang tidak mencukupi akan menyebabkan lebih ramai mangsa akan terkena dengan catuan air ini. Saya percaya harus ada satu cadangan yang terbaik untuk menyelesaikan dalam tempoh yang terdekat dan kita tak boleh menafikan tentang kuasa Tuhan dalam aspek ini. Pada sidang yang lepas, saya ingat kita berbincang panjang tentang banjir. Banjir yang berlaku sampai tidak terfikir oleh kita kerana satu perkara yang tak boleh di nafi iaitu kerja Allah Subhanahuwataala yang menguji kita menurunkan hujan yang sebegitu banyak sehingga tak tertampung oleh negeri Selangor. Dan hari ini kita kena akui bahawa ujian datang kepada kita sekali lagi untuk kita berwaspada bahawa bijak macam mana manusia pun jangan lawan takdir Allah Subhanahuwataala. Kita mempunyai empangan yang baik, yang banyak tetapi kalau hujan tak masuk ke empangan ini apa kuasa kita, tidak ada melainkan tindakan kita minta usaha ikhtiar kita untuk mencatu air. Saya berkongsi pengalaman dengan Ketua Pembangkang ketika 2 kawasan terbesar mengalami masalah air iaitu di Balakong dan di Bukit Bangkong. Mangsa yang paling seksa ialah mereka yang tua dan daif. Kenapa air langsung tak ada, berhari-hari, berminggu-minggu dan mereka menanti-nanti apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor.

Program Smart Solat