Monday, July 8, 2013

Niat Puasa - Satu Ulangkaji

Puasa pada tahu ini jatuh pada hari Rabu, 10 Julai 2013.

Almaklumlah .... sebulan dalam setahun,,, mungkin ada yang ingat-ingat lupa dah.

"Niat adalah salah satu rukun puasa.


Jika sesorang itu terlupa untuk berniat puasa, maka puasanya TIDAK SAH.

Jika seseorang itu lupa berniat puasa, maka wajib ke atasnya imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkan puasa serta wajib ke atasnya mengqadha puasa tersebut.

Niat ialah lintasan atau ucapan di dalam hati. Tidak sah niat jika diucapkan melalui mulut tetapi hatinya kosong. Niat boleh mengunakan apa-apa bahasa dan tidak semestinya bahasa Arab.


Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.


Jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie) berpendapat niat puasa mesti dilakukan pada tiap-tiap malam.

Niatnya ialah : Sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.

Mazhab Imam Malik berpendapat boleh berniat puasa untuk sebulan sekaligusiaitu pada malam pertama Ramadan. Berniat satu bulan penuh hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa sahaja. Tidak dikira niat sebulan penuh itu jika ia dilakukan pada malam berikutnya seperti berniat pada hari kedua puasa.

Niatnya ialah : Sahaja aku puasa sebulan dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala. 

Menurut mazhab Syafi’ie, dibolehkan bertaklid kepada mazhab Maliki yang mengharuskan berniat sebulan sekaligus pada awal bulan. Tetapi niat harian masih MESTI dilakukan pada tiap-tiap malam walaupun sudah berniat sebulan. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan. Dengan adanya niat sekaligus itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie, niat puasa MESTI dilakukan pada setiap malam. Ada pun niat puasa sebulan sekaligus itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.


Wallahu 'alam.

Sunday, July 7, 2013

Penyerahan Watikah Perlantikan AJK Sesi 2013-2016

Dewan Komuniti, Desa Surada
7hb Julai 2013 (Ahad malam)

Alhamdulillah, sesi perlantikan secara rasmi AJK-AJK PPDS sesi 2013-2016 telah berjaya di adakan.

Tidak semua wakil-wakil yang terpilih dan dilantik hadir ekoran komitmen kepada tugasan lain yang diluar kawalan. Admin sendiri tidak dapat hadir :-(

Mohd Gaddafi Ibrahim
Pen. Setiausaha dan Wakil Jalan 12

Azman Abd Rahman
Wakil Jalan 4/Ketua Biro Infra,Kemudahan,Pembangunan & Keceriaan

Mohd Azam Hamzah
Wakil Jalan 8/Ketua Biro Sosial,Kebajikan,Kerohanian dan Belia & Wanita

Zamri Pahharudin
Wakil Jalan 13/Ketua Biro Keselamatan

Azelan Tuman
Wakil Jalan 7 / Pen. Bendahari

Ismail Khafidz
Wakil Jalan 3

Rosnani Hamat
Wakil Jalan 5

Hayati Tajudin
Wakil Jalan 9

Rahimah Abu Bakar
Wakil Jalan 11

Musa Nadzir@Ali
Wakil Jalan 14

Mariani Zulkiply
Wakil Jalan 15

SATEYYYYY

Gotong Royong Surau Sempena Menyambut Ramadhan


Ziarah sempena kedatangan Ramadhan 2013 (AJK Surau dan PPDS)

Surada

Sebagai salah satu usaha untuk mendekatkan warga Surada kepada mengimarahkan surau sempena kedatangan Bulan Ramadhan 2013, PPDS bersama AJK Surau Al-Mujahidin telah mengambil keputusan untuk keluar berziarah dengan membawa info-info semasa dan buah tangan.

Hari Pertama (29 Jun 2013 - Sabtu)
Ziarah ke Jalan 8, 9, 10 dan sebahagian Jalan 11 dan 12









Hari ke dua (30 Jun 2013 - Ahad)
Ziarah dibatalkan. Semua keletihan Gotong Royong pagi


Hari ke tiga (6 Julai 2013 - Sabtu)
Ziarah ke Jalan 1, 2, 3, 4 dan 5









Hari ke empat (& Julai 2013 - Ahad)
Ziarah ke Jalan 6, 7, 12, 13










Gotong Royong 2013



Sarapan pagi - Nasi Lemak

Menunggu kehadiran - Satu perkara yang diluar kawalan dan merupakan antara cabaran terbesar PPDS

Kaunter Pendaftaran. Yang tercatit seramai 63 tetapi kehadiran dan kerjasama dari anak-anak muda agak memberangsangkan.



Pengerusi PPDS memberi taklimat berkenaan Gotong Royong.

Ahli Majlis MPKj Zon 21, En. Mohd Yusoff Bachek.
Tawaran kepada warga Surada dan sesiapa sahaja yang dapat mengambil gambar berserta nombor plat kenderaan yang membuang sampah haram akan diberi ganjaran RM500.00



Cenderahati disempurnakan oleh Bekas Pengerusi Surau Al-Mujahidin 
Imam Mohd Shukor Atan


Ohhh .... rupanya kerja diorang sebenarnya