Thursday, August 25, 2011

Peringatan kepada kite semua

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda: 

"Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?. Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud disebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.
Ada satu hari terasa bagaikan setahun
Dajjal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah
dunia melalui Great Britain.
 Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat
Ada satu hari yang terasa bagaikan satu minggu
Dajjal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem (Israel)
 

Monday, August 22, 2011

Tazkirah Ahli MPP 23 di Surau Al-Mujahidin

23 Ogos 2011

Ahli Majlis Zon 23, Tuan Haji Mohd Shafie Ngah telah datang bersolat jamaah dan telah memberikan sedikit tazkirah selepas solat tarawih.

Beliau juga merupakan seorang Peguam Syarie yang bertauliah.



Gotong Royong Bersihkan Sekitar Pondok Pengawal

30 Julai 2011, Jalan Utama Desa Surada

Kerja-kerja pembersihan sekitar pondok pengawal diadakan. 
Projek ini mengalami kelewatan ekoran dari masalah kontraktor yang bertindih projek dan  juga kekangan kewangan persatuan.


Longgokan sampah diasingkan, hanya tanah, batu-batu dan objek-objek yang sesuai dipilih untuk di gunakan sebagai bahan tambahan  tanah dikawasan lantai pondok orang ramai.


Futsal sempena Karnival Amal 2 Dekad

30hb Ogos 2011, Sek 15, Bangi

Karnival ini adalah sempena sambutan 20 tahun kewujudan Jabatan Amal Malaysia. Diadakan selama 4 hari bermula dari 28hb - 31hb Ogos.

Surada telah mengambil bahagian dalam acara Futsal yang diadakan pada 30hb. Surada ditempatkan dikumpulan D setelah melalui undian yang diadakan pada sehari sebelum perlawanan.


Kelihatan EXCO Pembangunan Modal Insan YB Dr Hjh Halimah Ali sedang memberikan taklimat dan hasrat kerajaan Selangor kepada golongan belia.

Perlawanan pertama. Mendebarkan. Opponent sumbat 1, kite sumbat 1. Kita sumbat 1, opponent samakan jaringan. Aduhhh ....... last-last 4-3. <!-- more -->



Keputusan perlawanan ada peningkatan lah.
Kalau dulu kalah manjang sekarang ni Seri 2 Kalah 1.

Wednesday, August 17, 2011

Timbalan Pengerusi PPDS Meletak Jawatan!!

Surada, 15hb Jun 2011.

En. Ahmad Bin Man meletakkan jawatan disebabkan terpaksa menguruskan projek lebuhraya sepanjang 127km di India selama 30 bulan.

Beliau akan berlepas dari KLIA - Delhi pada jam 6.20 petang hari ini.

Doakan beliau agar diberi kesihatan yang baik dan dimudahkan segala urusan.