Monday, February 28, 2011

Futsal di Surada

Sabtu, 26 Feb 2011.
Penutup Program Bulan Selawat Surada diakhiri dengan kejohanan futsal. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu :-
1) Remaja bawah 12 tahun disertai sebanyak 4 kumpulan
1) Bola Kampung FC, Al-Fateh FC, TDS Soccer Unitd dan Desa Surada FC.
2) Remaja atas 12 tahun/terbuka juga disertai sebanyak 4 kumpulan
1) STAM FC, Sepak Bola FC, Young Gunners dan TDS FC.
3) Veteren Pilihan Surada
1) Surau Al-Mujahidin, Persatuan Penduduk dan Over The Limit

Pertandingan dimulakan dengan melakukan sedikit senaman yang diketuai oleh Saudara Azman Abdul Rahman.
Senaman diketuai oleh Saudara Azman
Pengerusi PPDS bersama askar-askanya
Perlawanan Persahabatan Bersejarah 2011

Friday, February 25, 2011

Surada Berselawat ( Maha Suci Allah)

Surada, 20 Februari 2011
Pelbagai program telah diatur oleh pihak Surau Al-Mujahidin sempena Sambutan Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
 

Program-program yang diatur dari 15 Februari 2011 dan berakhir 26 Februari 2011 merangkumi dua aspek, Rohani dan Jasmani. 

Tahniah diatas kekreatifan AJK-AJK Surau Al-Mujahidin.

Thursday, February 24, 2011

Kerja-kerja membaiki kerosakan dewan

Pada 9 Januari lalu (Ahad) atas usaha Ketua Biro Infrastruktur, Kemudahan, Pembangunan & Keceriaan (IKPK) iaitu Saudara Ahmad Bin Man, kerja-kerja membaik pulih sebahagian atap bangunan dan pemasangan pagar telah dijalankan.
 
Salah seorang pekerja sedang membaiki bumbung dewan
Hujan lebat dan angin yang kuat beberapa hari lepas telah merosakkan sebahagian bumbung bangunan. Manakala pagar diganti baru memandangkan pagar lama telah rosak.
Pintu pagar juga telah dipateri balik.