Tuesday, October 31, 2017

Ziarah PPDS di Hospital Serdang Pada 29 dan 31 Oct 17

Ya! Allah, Wahai Tuhan kami..., ada di kalangan kami, saudara mara kami, jiran tetangga serta sahabat handai kami yang diuji dengan kesakitan, kurniakan ketabahan serta berilah kesembuhan Ya Allah serta permudahkanlah akan urusannya. Aamiin Allahumma Aamiin.





Aduan Paip Pecah

---------
INFO
---------
Maklumat aduan: Paip bocor di Jalan 11 (simpang Jalan 3)
Pengadu: Dr.Mahamud Bin Shahid (Jln 1)


Video semasa aduan (25-10-2017)




----------------------------
TINDAKAN PPDSB
----------------------------
Aduan telah dipanjangkan kepada pihak Syabas pada hari yang sama

Gambar selepas kerja baik pulih (31-10-2017)


Thursday, October 26, 2017

Perbincangan Mengenai Denggi Dengan Pegawai Daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Info
-------
Tarikh: 24 Oktober 2017, Selasa
Masa: 10.30 malam

Tempat: Dewan Komuniti Desa Surada

Kehadiran:

1.    Hj. Mohd Azam Hamzah
2.    En. Yusof bin Mat Amin
3.    En. Elmy bin Quttaibah
4.    Dr. Azman Abd Rahman
5.    En. Ruzaini bin Tamin
6.    En. Suhairi bin Abd Samad
7.    Hj. Omar Hj. Kamal

Taklimat Dari  Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat
------------------------------------------------------------------------------

En. Yusof bin Mat Amin daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat menjelaskan bahawa objektif kehadiran mereka adalah tertumpu kepada permasalahan DENGGI di kawasan Taman Desa Surada. Diantara penjelasan beliau adalah:
  • Wabak Denggi Taman Desa Surada menduduki tangga ke 6 dalam Malaysia.Sebanyak 24 kes telah dilaporkan. Yang terkini, sebanyak 8 tempat pembiakan nyamuk addes dikesan di jalan 3 dan 2 kes di jalan 5.


  • Taman Desa Surada juga mendapat tempat ke 2 selepas seksyen 7/5 Bandar Baru Bangi paling lama diserang oleh wabak denggi iaitu 70 hari berterusaan.


  • Banyak tindakan yang telah diambil oleh Jabatan Kesihatan untuk menangani masalah denggi, namun tiada tanda-tanda penurunan kes. Antara tindakan yang telah dilakukan adalah semburan asap (forgging) pemeriksaan rumah-kerumah, mengadakan gotong-royong, serta membuat banner untuk perhatian dan tindakan penduduk mengambil langkah-langkah pencegahan.


HASIL PERBINCANGAN DAN PERSETUJUAN
------------------------------------------------------------------
1. Dr. Azman mencadangkan agar Jabatan Kesihatan mengadakan penerangan dengan membentangkan kertas kerja di Surau Al-Mujahiddin Desa Surada. Tarikh dan masa akan ditentukan kemudian dan seeloknya sebelum tarikh gotong-royong yang dirancang pada 4 atau 5 November 2017. Hebahan maklumat kepada ahli qariah perlu dilakukan agar ahli qariah mengambil bahagian. Jamuan ringan sesuai diadakan.

2. Gotong-royong PERDANA dirancang oleh PPDSB dirancang pada 4 atau 5 November 2017. Program ini mesti melibatkan semua penduduk. 

Antara aktiviti gotong-royong adalah:


a) Mengutip/membuang dan mbersihkan semua sampah-sarap, luar dan dalam rumah. Membuang botol, plastik, besi-besi buruk dan sebagainya yang menjadi tempat pembiakan nyamuk.


b) Membersihkan longkang


3. Jabatan bersetuju menyediakan 5 unit tong sampah RORO dan 3 buah lori sampah serta bag-bag plastic hitam.


4. PPDSB dicadang untuk menyediakan sarapan pagi dipusatkan di Dewan Komuniti.


5. PPSDB diminta memberikan penerangan kepada semua AJK dan ketua-ketua Jalan tentang program dan matlamat program serta tanggungjawab sebagai AJK ketua-ketua jalan.














Mesyuarat Khas Membanteras Denggi Di Taman Desa Surada


Info
------

Tarikh:       26 Okt 17 Khamis
Masa:          8.45mlm
Tempat:       Dewan Komuniti Desa Surada

Agenda
1. Ucapan Pengerusi
2. Gotong Royong Perdana
3. Hal-hal lain

Tn Hj Zulkifli pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat telah hadir bagi membincangkan permasalahan dan penyelesaian wabak denggi di Desa Surada.