Sunday, November 28, 2010

Persidangan Pengusaha Kiosk Ulu Langat di Dewan Komuniti Surada


Sekali lagi Dewan Komuniti Desa Surada menjadi tumpuan.
Kali ini giliran peniaga-peniaga disekitar Bangi.
Terima Kasih kepada YB Dr Shafie, Adun Bangi.
YB tanpa menghiraukan penat datang lagi sekali untuk memenuhi undangan ke Surada selepas program Khatan Perdana yang diadakan pada siang hari tersebut.
Terima Kasih YB.
Lebih lanjut sila layari blog YB disini

Majlis Berkhatan Perdana Surada 2010

Surada : 28 November 2010. 
Alhamdulillah - Syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya Program Berkhatan Perdana Surada 2010 telah berjaya diadakan dengan lancar. Program ini adalah anjuran Surau Al-Mujahidin melalui Lujnah Pemuda dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekriasi Surada.

Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, pejabat Bomba Bangi (tidak dapat hadir ekoran tugas), Warga Surada dan terutama sekali adik-adik kita yang 'cool'. 

 
Tiga orang kuat Desa Surada yang menjadi tulang belakang kepada Taman Desa Surada. Dari kiri, Pengerusi Surau Al-Mujahidin (Imam Mohd Shukor Atan), Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Surada (En. Ahmad Man) dan pengerusi Penduduk Desa Surada (Mjr (B) Muhd Halim Jawahir)

Sdr Rizam, Instructor bertauliah sedang melakukan senaman regangan pernafasan.

Pasukan kompang Desa Surada dengan seragam biru bersama Pengarah Program (Hj Mohd Esa Hj Baruji)

Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha 1431 - Pagi Hari Raya

Sebanyak 7 ekor telah lembu dikorbankan pada tahun ini.
Lebih kurang jam 9.30am lembu pertama telah berjaya ditumbangkan.

Pengerusi PPDS

Timbalan Pengerusi PPDS dengan Pengerusi Surau Al-Mujahidin


Tuesday, November 16, 2010

'Aidiladha 1431

Maghrib, 17.11.2010.
Selesai menunaikan Solat Fardu Maghrib, jemaah surau telah beramai-ramai turut serta dalam program bertakbir dikawasan taman sempena Sambutan Aidiladha.

Dianggarkan seramai 60-70 orang jamaah termasuk kanak-kanak turut serta pada malam tersebut.





Takbir membesarkan Allah bergerak dari surau memasuki jalan 4. Kelihatan Pengerusi Surau Al-Mujahidin memimpin jamaah bertakbir.

Gotong Royong Perdana Surada 2010 di akhbar Sinar