Sunday, November 28, 2010

Majlis Berkhatan Perdana Surada 2010

Surada : 28 November 2010. 
Alhamdulillah - Syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya Program Berkhatan Perdana Surada 2010 telah berjaya diadakan dengan lancar. Program ini adalah anjuran Surau Al-Mujahidin melalui Lujnah Pemuda dengan kerjasama Kelab Sukan & Rekriasi Surada.

Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, ADUN Bangi YB Dr Shafie Abu Bakar, Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, pejabat Bomba Bangi (tidak dapat hadir ekoran tugas), Warga Surada dan terutama sekali adik-adik kita yang 'cool'. 

 
Tiga orang kuat Desa Surada yang menjadi tulang belakang kepada Taman Desa Surada. Dari kiri, Pengerusi Surau Al-Mujahidin (Imam Mohd Shukor Atan), Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Surada (En. Ahmad Man) dan pengerusi Penduduk Desa Surada (Mjr (B) Muhd Halim Jawahir)

Sdr Rizam, Instructor bertauliah sedang melakukan senaman regangan pernafasan.

Pasukan kompang Desa Surada dengan seragam biru bersama Pengarah Program (Hj Mohd Esa Hj Baruji)


Ketibaan YB Dr Shafie Abu Bakar diiringi Pengerusi Surau dan Pengerusi PPDS.





Pelancaran Kelab Sukan & Rekriasi Surada disempurnakan oleh YB.


Peserta diarak dengan lori berhias.

Peserta dimandikan dengan pancutan air "Bomba".






Imam baru Surau Al-Mujahidin (Ust Fadhil) sedang mengadakan ceramah motivasi "Parenting Coaching".

Antara anak-anak warga Surada sedang mendaftar diri menjadi ahli Kelab Sukan.





Lagi liputan di blog YB Dr Shafie

No comments:

Post a Comment