Sunday, October 12, 2014

Solat Hajat dan Bacaan Yassin bagi calon-calon PT3, STAM, SPM dan STPM 2014

Surau Al-Mujahidin Desa Surada
12 Oktober 2014

Alhamdulillah ... semua berjalan dengan baik pada malam tersebut.

Solat hajat dan bacaan Yassin seperti biasa diketuai oleh Imam Shukor.

Sebanyak 30 calon dari kariah surau berdasarkan pada senarai pendaftaran dan hamper kesemuanya datang ke surau.

Sebagai ole-ole, pihak surau telah menyediakan Air Minuman Gau untuk peserta-peserta.
Air Gau dikategorikan sebagai air yang berkualiti kerana ia mengandungi garam galian yang tinggi dan beralkali. Kandungan mineral Air Gau adalah antara yang terbaik selepas Air Zam-Zam

Sesiapa berminat untuk mendapatkan Air Gau boleh hubungi Imam Shukor sendiri.

No comments:

Post a Comment