Monday, May 27, 2019

NOTIS PENURAPAN JALAN TAMAN DESA SURADA

ASSALAMUALAIKUM WBT

Adalah dimaklumkan bahawa kontraktor MPKj  Anak Kampung Resources akan melaksanakan kerja-kerja penurapan seluruh jalan-jalan di Taman Desa Surada.

Kerja-kerja peringkat awal akan bermula esok bersamaan 28 Mei 2019

Sehubungan dengan itu tuan-tuan warga Taman Desa Surada diminta untuk memastikan tidak ada sebarang kenderaan atau barangan lain (seperti tong roro) berada di atas jalan-jalan dan lorong-lorong yang boleh mengganggu kerja-kerja di kawasan penurapan. 

Sebarang pembinaan bonggol "bumper" adalah tidak dibenarkan . 

Tuan/puan yang ingin membuat penurapan tambahan di kawasan masing-masing boleh berbincang dengan kontraktor dan kos ditanggung sendiri.

Sekian, kerjasama anda didahului dengan ucapan ribuan Terima Kasih.


MOHD AZAM HAMZAH
Pengerusi PPDSB
27/5/2019

No comments:

Post a Comment