Monday, April 2, 2018

Ucapan Penghargaan Pengerusi PPDSB: Program Majlis Penutup Dan Sukan Rakyat

Assalamualaikum wbt tuan-tuan & puan-puan semua. 

Saya selaku pengerusi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan SU,  Tuan Timbalan Pengerusi, barisan AJK PPDS, semua ketua-ketua jalan, Pengarah Program serta semua AJK Penilai & AJK Program Majlis Penutup Dan Sukan Rakyat yang telah di langsungkan dengan jayanya siang tadi. 

Banyaknya pujian & ucapan tahniah yg d terima semuanya adalah hasil kerjasama dan komitmen tuan-tuan semenjak program ini masih dalam perancangan sehinggalah kita selesaikan majlis tadi. 

Kerana anda semualah program ini mendapat sambutan serta berjalan dengan lancar. 
Kerana anda semualah ramai warga taman turun & ambil bahagian. 

Semoga kerjasama ini dapat kita teruskan dan kita budayakan di dalam masyarakat Surada. 

Ahirnya, saya mendoakan agar ia berkekalan dan menjadi identiti kita dalam meneruskan kesinambungan hidup bermasyarakat dalam  kariah yang bertuah ini. 

Wallahualam & terima kasih sekali lagi.

No comments:

Post a Comment