Sunday, November 5, 2017

Program Gotong Royong Perdana Membanteras Denggi Di Taman Desa Surada

-------
INFO
--------
Tarikh:   5 Nov 17 Ahad
Masa:     8.00 pagi
Tempat:    Dewan Komuniti Desa Surada

Aturcara

8.00 pagi - Kehadiran ahli qariah
8.15 pagi - Ucapan Pengerusi PPDSB, Tn Hj Azam
8.30 pagi - Ucapan Perasmian oleh YB ADUN BANGI - Ustaz Shafie Ngah
8.45 pagi - Sarapan
9.00 pagi - Qariah kembali ke jalan masing-masing untuk Gotong Royong Perdana.
11.30 pagi - Bersurai

-----------------------------------------------------------------------------
UCAPAN PENGHARGAAN TUAN PENGERUSI PPDSB
------------------------------------------------------------------------------

 Assalamualaikum wbt. 

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga TAHNIAH kepada semua AJK, Ketua-ketua jalan dan semua warga Taman Desa Surada yg telah turun untuk program gotong royong kita hari. 

Kesungguhan anda semua untuk membawa Taman Desa Surada keluar dari Zon Wabak mendapat pujian dari Pegawai Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat. Beliau sangat berpuas hati di samping meminta maaf kerana gagal menyediakan lori untuk mengangkut bahan2 yang hendak dibuang sepertimana yang mereka janjikan. Tahniah & terima kasih. 

Kehadiran yang begitu ramai dalam program perasmian pagi tadi juga mendapat pujian daripada semua VIP - YB Ust Shafie, Ahli Majlis Zon 21 En Thiaga & juga Puan Hamsatun, Ketua Muslimat Kawasan. Tahniah & terima kasih sekali lagi. 

Akhirnya, sekalung tahniah juga buat Ketua Wanita Surada @WaniDA dan pasukannya atas kejayaan program bubur asyura. Percubaan pertama yang berjaya. InsyaAllah kita boleh tambah baik lagi untuk masa yang akan datang.

Semoga apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi asbab makbulnya doa, barokahnya usaha dalam menangani wabak denggi di Surada yang kita semua sayangi. Wallahualam. 

"PPDS untuk SURADA YANG HARMONI DAN SEJAHTERA"


- Pengerusi PPDS 2017-2019.

----------------------------
GAMBAR AKTIVITI
----------------------------
























No comments:

Post a Comment