Monday, April 11, 2011

Memo bantahan penyebaran perkara sensitif dan lucah

7 April 2011

Daripada
Penduduk Taman Desa Surada
AJK dan Jamaah Surau Al-Mujahidin Taman Desa Surada

Kepada
Penganjur Program " Roadshow Selamatkan Selangor"


BANTAHAN PENGGUNAAN DAN PENYEBARAN PERKARA-PERKARA SENSITIF DAN LUCAH


Merujuk kepada perkara di atas adalah dengan ini kami penduduk Taman Desa Surada  ingin membuat bantahan sekeras-kerasnya berkenaan perkara diatas khususnya berkenaan  kempen  ‘Roadshow  Selamatkan  Selangor’  yang  dijadualkan  pada  malam 8 April 2011.

2.      Kami juga mengesa penduduk berhampiran untuk turut sama menyatakan bantahan dengan menandatangani borang bantahan dan memboikot program yang dianjurkan.

3.      Bantahan kami ini adalah bersandarkan atas beberapa faktor berikut :-

         i.      Hampir 100 peratus penduduk Taman Desa Surada dan Kampung Sungai Ramal Dalam serta kawasan berhampiran  adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam.

       ii.      Penggunaan perkataan berbaur lucah yang dipaparkan pada umum mengundang rasa ingin tahu kanak-kanak dan remaja. Kanak-kanak akan bertanyakan ibu-bapa sementara remaja akan menggunakan medium internet dan dibimbangi remaja-remaja ini akan terjebak kepada masalah sosial lain yang lebih buruk.

      iii.      Menyuburkan budaya maksiat dengan cuba mengajak orang ramai datang mendengar  cerita berunsurkan fitnah dimana kesahihan berita tidak dapat dipastikan. Apatah lagi penganjur seolah-olah mendahului mahkamah dengan cuba menjatuhkan hukum sedangkan ia masih dalam siasatan polis.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Nabi S.A.W bersabda:Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

     iv.      Cuba mempromosi perlakuan dosa sebagai perkara yang perlu demi tujuan tertentu. Sedangkan mereka lupa bahawa, dosa fitnah tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan. Nabi S.A.W bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

       v.      Walaupun Islam bersikap terbuka berkenaan soal seks namun cara penyampaian dan pendidikan perlulah dilandaskan pada garis-garis Islam. Kebanyakan yang terjadi dewasa ini adalah mereka “melucahkan seks” dengan tujuan-tujuan tertentu.

Berdasarkan alasan yang munasabah di atas, sekali lagi kami menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya usaha pihak penganjur program dalam menyuburkan perkara mungkar di kawasan dan persekitaran kami.


Sekian, terima kasih.

Tandatangan bantahan dilampirkan
.


Salinan kepada :
1.       Majlis Perbandaran Kajang
2.       Majlis Agama Islam Daerah Hulu Langat
3.       Pejabat ADUN








No comments:

Post a Comment