ASSALAMUALAIKUM WBT
Adalah dimaklumkan bahawa kontraktor MPKj Anak Kampung Resources akan melaksanakan kerja-kerja penurapan seluruh jalan-jalan di Taman Desa Surada.
Kerja-kerja peringkat awal akan bermula esok bersamaan 28 Mei 2019
Sehubungan dengan itu tuan-tuan warga Taman Desa Surada diminta untuk memastikan tidak ada sebarang kenderaan atau barangan lain (seperti tong roro) berada di atas jalan-jalan dan lorong-lorong yang boleh mengganggu kerja-kerja di kawasan penurapan.
Sebarang pembinaan bonggol "bumper" adalah tidak dibenarkan .
Tuan/puan yang ingin membuat penurapan tambahan di kawasan masing-masing boleh berbincang dengan kontraktor dan kos ditanggung sendiri.
Sekian, kerjasama anda didahului dengan ucapan ribuan Terima Kasih.
MOHD AZAM HAMZAH
Pengerusi PPDSB
27/5/2019
No comments:
Post a Comment