Sunday, May 26, 2019

MINIT MESYUARAT KHAS PROGRAM  HARI RAYA 2019

MINIT MESYUARAT PROGRAM RAYA 2019

Tarikh. 26/5/19 Ahad
Masa. 8.30 pagi 
Tempat. Dewan Komuniti Desa Surada

Kehadiran
========
Hj. Azam
Hj. Omar
Hj. Ismail
Dr. Rusdi
Hj. Wan Aman
Dr. Azman
Hj. Mayudin
En. Mohd Sukri
En. Edelfitri
En. Azelan
En. Shamsul
En. Rahim 
En. Saim
En. Karim
En . Abu Bakar
En. Asri 

1. Ucapan Pengerusi PPDSB, Hj. Azam
Bacaan Ummul Kitab dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK. Mesyuarat ini khusus membincangkan program sambutan hari raya 2019. Matlamat utama program adalah untuk mengeratkan siraturrahim antara penduduk Desa Surada termasuk penduduk Taman Melati, Taman Surada Residence,Taman Mutiara Villa,Taman Seri Mutiara dan Taman Wadil Barakah. Beliau menyerahkan mesyuarat kepada Tn. Hj. Ismali sebagai Pengarah Program untuk mengendalikan sesi mesyuarat.

Dibincangkan dan dipersetujui:

1. Tarikh program, masa dan Tempat
29 Jun 2019, Sabtu. 
10.30 pagi hingga 1.00 petang. 
Dewan Komuniti.

2. Format
 Ikut Format sambutan tahun lepas.

3. Jemputan
Semua penduduk Desa Surada
Semua penduduk Taman Melati, Taman Surada Residence,Taman Mutiara Villa,Taman Seri Mutiara, Taman Wadil Barakah.

4.  Menu Ikut Jalan
===============
Jln 1 - Satey
Jln 2 - Satey
Jln 3 - Mee Jawa
Jln 4 - Lontong (nasi dan kuah lodeh)
Jln 5 - Buah2an
Jln 6 - Mee Kari
Jln 7 - Laksa
Jln 8- Satey
Jln 9 - Air Panas dan Sejuk
Jln 10- Air Panas dan Sejuk
Jln 11- Lemang
Jln 12- Lemang
Jln 13- Rendang Daging
Jln 14- Rendang Ayam
Jln 15- Satey

Setiap menu adalah untuk 100 orang makan.

Menu Utama
==========
Gulai Kawah untuk 350 orang makan.

Menu Tambahan
=============
Aiskrim - AJK Induk
Cendol -  AJK  induk
Apam balik mini- AJK induk
Untuk 100 orang makan setiap menu.

5. Perlantikan Jawatankuasa
Kebersihan - En. Rahim
Persiapan - En. Sukri
Sambutan - Semua Ajk induk
Pengacara Majlis - Major Halim n Hj. Esa
Pembaca doa: Wildan Hj Shamsul. 
Duit Raya- Bendahari
PA Sistem- Dr. Azman
Banner - En. Asri
Jurufoto-  En. Meor
Bunga- Hj. Azam
Pakaian Terbaik- Dr. Azman
Meja VIP- Pn. Kasmah, Hjh. Norizan dan Pn. Simasida.

6. Hal Hal Lain
=============
a. Maklumat kepada penduduk tentang peranan masing-masing.

b. Tambahan Banner berasingan bersaiz 6x3 untuk Taman Mutiara, Taman Mutiara Villa dan Taman Melati.

c. Meja VIP mengguna 'Dom' siap degan pinggan mangkuk, sudu, garpu, tisu kuih-muih raya, air mineral, cawan dan lain yg sesuai.

d. Sewa 2 unit kemah 20x20, kerusi 300 buah, Meja hidangan bersaiz 4 x 3 sebanyak 30 buah, Sarung kerusi vip dan alas meja. 1 unit khusus untuk vip dan 1 lagi untuk tetamu.

e. 2 unit kemah besar untuk tetamu, beberapa kerusi, beberapa khemah kecil dan beberapa meja makan dipinjam daripada Pakatan Berkat.

f. Setiap taman melantik sepasang penyambut tetamu.

g. Setiap jalan diberi RM150.00 sebagai tambahan menyediakan menu. Ketua jalan boleh membuat tuntutan melalui Benhahari.

h. Pakaian Rasmi Baju Raya

i. Setiap gerai diberi label Jalan dan Menu.

j. Surau dan PPDSB mengeluarkan surat kepada tetamu jemputan masing-masing.

k. Semua AJK terlibat dalam urusan menyambut tetamu.

l. Semua ketua jalan bertanggung jawab terhadap menu, petugas dan peralatan di gerai masing-masing.

m. Ada hadiah pakaian terbaik. 

n. Memasak gulai kawah secara gotong royong diketuai oleh Pn. Kasmah, Hjh. Norizan dan Pn. Simasida. Muslimin dirayu membantu.

o. Taman Mutiara Villa dan Taman Melati bersetuju menyumbang RM500.00 setiap taman manakala taman-taman lain akan dibincangkan kemudian.

p. Duit raya untuk kanak-kanak sebanyak RM400.00 diagihkan. RM2.00 setiap sampul.

Mesyuarat ditangguh jam 12.00 tengahari.


Disediakan oleh


OMAR HJ. KAMAL
PPDSB.


Diluluskan oleh


HJ. ISMAIL KHAFIDZ
PENGARAH SAMBUTAN

No comments:

Post a Comment