TUAN TIMBALAN
SPEAKER: Yang Berhormat
Bangi.
Y.B. TUAN MOHD
SHAPIE BIN NGAH: Terima kasih
Speaker dan Ahli-ahli Dewan sekalian. Saya juga berminat untuk bincang tentang
usul Ketua Pembangkang ini mengenai Cadangan Catuan Air disegerakan seberapa
mungkin,
Y.B. TUAN NG SWEE
LIM: Segera diberhentikan
Y.B. TUAN MOHD
SHAPIE BIN NGAH: Diberhentikan
seberapa cepat. Ini adalah satu cadangan yang sebenarnya membimbangkan seluruh
rakyat Selangor. Nampak usulnya bagus tetapi membimbangkan kerana bila kita
mencatu sesegera mungkin kadar keadaan air yang tidak mencukupi akan
menyebabkan lebih ramai mangsa akan terkena dengan catuan air ini. Saya percaya
harus ada satu cadangan
yang terbaik untuk menyelesaikan dalam tempoh yang terdekat dan kita tak boleh
menafikan tentang kuasa Tuhan dalam aspek ini. Pada sidang yang lepas, saya
ingat kita berbincang panjang tentang banjir. Banjir yang berlaku sampai tidak
terfikir oleh kita kerana satu perkara yang tak boleh di nafi iaitu kerja Allah
Subhanahuwataala yang menguji kita menurunkan hujan yang sebegitu banyak
sehingga tak tertampung oleh negeri Selangor. Dan hari ini kita kena akui
bahawa ujian datang kepada kita sekali lagi untuk kita berwaspada bahawa bijak
macam mana manusia pun jangan lawan takdir Allah Subhanahuwataala. Kita
mempunyai empangan yang baik, yang banyak tetapi kalau hujan tak masuk ke
empangan ini apa kuasa kita, tidak ada melainkan tindakan kita minta usaha
ikhtiar kita untuk mencatu air. Saya berkongsi pengalaman dengan Ketua
Pembangkang ketika 2 kawasan terbesar mengalami masalah air iaitu di Balakong
dan di Bukit Bangkong. Mangsa yang paling seksa ialah mereka yang tua dan daif.
Kenapa air langsung tak ada, berhari-hari, berminggu-minggu dan mereka
menanti-nanti apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor.
Akhirnya Selangor membuat keputusan membuat catu. Wah, ini yang kami tunggu, iaitu catu air bermaksud bagi masa air sejumlah air kepada kami beberapa hari, kemudian bagi kepada orang lain beberapa hari. Ini maksud catu air, berkongsi sharing dengan izin sharing is caring dengan izin. Dengan keadaan kita caring dan sharing inilah maka semua rakyat Selangor akan merasa nikmat kebijaksanaan kita menjadikan catuan air sebagai program interim yang segera untuk rakyat Selangor. Apa yang saya minta ialah supaya kita lebih cermat untuk menilai apakah catuan yang telah kita buat ini memberi kesan yang lebih berpanjangan. Kalau jadual 2 hari ada kawasan yang sampai 3 hari, itu kita kena fikir, minta kita serius untuk menilai kesan-kesan sampingan daripada jadual kita buat, kemudian kita sepatutnya memikirkan, menggalakkan seluruh rakyat negeri Selangor menjimatkan penggunaan air. Kadang-kadang kita pun sedih juga. Ambil air begitu banyak, buang air begitu banyak. Ambil air sembahyang macam basuh kerbau, memandikan kerbau sedangkan nak ambil sembahyang cukup dengan sebotol air sebesar ini dan kita ambil wuduk seperti memandikan seekor kerbau tua. Ini adalah daripada kita tak mendidik rakyat kita menggunakan air dengan jimat-cermat. Basuh kereta semahunya dan tidak menggunakan hujan lebat untuk ditakung untuk kegunaan basuh kereta, siram pokok semua nak pakai air paip air bersih. Ini adalah satu keperluan hari ini sebab kita minta seluruh rakyat faham program pencatuan air adalah untuk semua rakyat, benefit rakyat, mengurangkan kos yang tinggi di Balakong dan juga Bukit Bangkong. Kita terpaksa hantar lori yang banyak, pekerjanya ramai, kami tunggu sampai 3.00 pagi masih bekerja menghantar air, lori yang banyak, kos minyak yang tinggi, elaun yang besar. Itu kena fikir, kita potong yang ini buat catuan air, air masuk terus ke rumah orang tak perlu penghantaran macam kita buat secara tradisional. Saya percaya usul ini sepatutnya diberikan penjelasan dan cadangan yang tuntas, tetapi tak berlaku. Saya tak bersetuju dengan usul ini. terima kasih.

No comments:
Post a Comment