Wednesday, November 6, 2013

Perutusan Maal Hijrah 1435

5 November 2013
Malaysia Tercinta


Perutusan Maal Hijrah 1435H

Perdana Menteri Malaysia, 
Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak


Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana sekali lagi kita diberi peluang meraikan Sambutan Maal Hijrah 1435 Hijrah. Maal Hijrah telah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. 

Saban tahun, kita pasti akan mengimbau dan mengiktibari peristiwa hebat yang telah menjadi asas kepada gemilangnya cahaya syiar dan syariat Islam ke seluruh alam, merentasi benua dan zaman. Syariatnya abadi menerangi kehidupan menjadi rahmat seluruh insan.

Sebagai sebuah negara Islam,... seterusnya disini

 
Ketua Pembangkang Malaysia, 
Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim

Tatkala menghimbau peristiwa Hijrah, kita sewajarnya menginsafi iltizam dan tekad Rasulullah SAW yang tetap istiqamah dalam memacu dakwah dan proses perubahan ummah. Meski pun dihadapkan dengan pelbagai rintangan dan mehnah, namun umat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW tetap teguh berpegang kepada prinsip dan keimanan kepada Allah SWT.

Peristiwa Hijrah sememangnya telah membuka dimensi baru dalam sejarah ketamadunan Islam. Sentimen dan faham perkauman berteras semangat kabilah dan suku yang menebal di kalangan masyarakat Arab ketika itu telah berjaya dirobek dan dipecahkan.
Perpindahan umat Islam dari Makkah ke Madinah menyaksikan bermulanya era baru ... seterusnya disini


Presiden Parti Islam Se-Malaysia
Yang Berhormat Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Bin Haji Awang

Madinah sebelum kedatangan Rasulullah adalah sebuah Negara yang tidak dikenali oleh masyarakat dunia. Namun, selepas hijrahnya Nabi SAW, Negara Madinah mula dikenali sebagai negeri yang diutuskan Nabi akhir zaman. Bahkan Negara Islam Madinah menjadi sebuah Negara yang digeruni oleh musuh dan dihormati oleh kawan.

Masyarakat madinah sebelum kedatangan Islam ialah masyarakat yang berpecah belah di atas dasar kabilah-kabilah (puak-puak). Ekonominya pula dimonopoli oleh bangsa yahudi yang mengamalkan sistem riba yang mengakibatkan masyarakat Madinah berada dalam keadaan tertindas. Ini menjadikan masyarakat Madinah dalam keadaan terumbang ambing tanpa kemajuan.

Apabila hijrahnya Nabi ke kota Madinah, Nabi telah menyatukan antara kabilah ... seterusnya disini


Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN)


Salam Maal Hijrah 1 Muharam 1435H
Setahun berlalu dengan pelbagai peristiwa dan sejarah telah kita catatkan. Sebagai manusia pastinya setiap kali tahun baharu muncul akan ada pengharapan untuk kebaikan.
Begitulah gambaran Hijrah yang tercatat di zaman khalifah Islam ke 2 waktu itu, Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab. Seorang pemimpin yang berperibadi tinggi, berhemah dalam pentadbiran yang mengutamakan kebajikan rakyat. Tegas dan adil menjalankan tanngungjawab.
Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khattab semasa pentadbirannya menekankan dan menggalakkan kegiatan keilmuan ... seterusnya disini

No comments:

Post a Comment