Thursday, August 1, 2013

Abang Ruslan Siak Surau Al-Mujahidin meninggal saat sujud

Surau Al-Mujahidin
Surada, 1 Ogos 2013

Inna Lillah Hi Wainnailai Hirajiun.

Siak Surau Al-Mujahiden Desa Surada, Saudara Ruslan Ishak telah kembali ke Rahmatullah selepas Solat Zohor sebentar tadi.

Allahyarham meninggal saat sujud solat sunat Ba’diyyah .

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Ramal Dalam selepas solat Asar.

Imam Mohd Shukor Atan, antara yang memandikan jenazah menceritakan bahawa proses perjalanan arwah untuk kembali kepada penciptanya amat mudah. Seolah-oleh arwah sudah tidak sabar sabar lagi bertemu. Satu kematian yang perlu dicemburui oleh setiap muslim. Matinya didalam sujud dimana saat itulah keberadaan kita dengan Allah begitu hampir. Sudah pastinya dalam keadaan berwuduk. Dibulan Ramadhan, bulan penuh rahmat. Di fasa ketiga iaitu fasa pengampunan. Di hari Khamis, iaitu hari penunaian hajat. Di rumah-Nya sendiri Arwah dijemput. Allah Maha Besar.


Semoga isteri Allahyarham, Puan Mariani dan keluarga sabar dengan ujian ini.





Berita Sinar boleh diakses disini


 Berita Harian Metro boleh diakses disini

Setiausaha Surau, Hj Baharum, Ketua Keselamatan PPDS, En. Zamri dan Pengerusi PPDS, Mej (B) Muhd Halim dan beberapa jamaah antara yang terawal menyedari kelainan pada Allahyarham Ruslan. Sujudnya diluar kebiasaan normal.




Kutipan Derma Kilat.
Kelihatan Pengerusi PPDS di situ bersama tabung derma. 


Bacaan tahlil oleh Ustaz Mohd Shukor Atan, Imam Surau Al-Mujahidin yang juga merupakan salah seorang rakan seperjuangan Allahyarham

Kematian ini tersebar meluas melalui media talian internet dan dikongsi dan ditanda Suka oleh ramai penjengok dan pengunjung



Antara blog-blog/facebook yang menyiarkan berita ini adlah seperti di bawah:-

Facebook YB Ust Shafie Ngah mencapai 30,000 lebih like

Facebook Ustaz Ridhuan Mohamad Nor mencapai 4,000 lebih like dan 1,000 lebih share







No comments:

Post a Comment