Sunday, December 26, 2010

Bagaimana mengajak anak beribadah

Firman Allah s.w.t.
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku"
(Adz-Dzariyaat : 56) 

Dalam Islam, ibadah memainkan peranan yang utama di dalam pembentukan peribadi. Malah kerananya jugalah maka manusia diwujudkan di muka bumi ini sepertimana firman Allah s.w.t. yang tersebut di atas.Memahami hakikat itu maka sesebuah keluarga Muslim mestilah memastikan setiap ahlinya melaksanakan ibadah. Ibadah terbahagi kepada dua bahagian iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. 

Ibadah khusus lebih menjurus kepada perhubungan di antara seorang individu dengan Allah s.w.t., sepertimana yang termaktub di dalam Rukun Islam.Ibadah umum pula lebih menekankan kepada perhubungan di antara individu dengan individu , juga di dalam konteks yang luas iaitu memperhambakan diri kepada Allah s.w.t.. Kedua-dua bentuk ibadah ini, jika dilakukan secara berterusan dan disertai dengan ilmu yang mendalam, akan membuahkan keimanan dan ketaqwaan yang menjadi anak kunci kepada pembentukan keluarga yang di redhai-Nya. 

Bagaimanakah caranya kita sebagai ibubapa mengajak anak-anak untuk beribadah? Persoalan ini mungkin menjadi masalah bagi kebanyakan kita untuk menjawabnya. Ini adalah kerana , secara ‘fitrah’nya untuk mengajak kepada kebaikan itu agak sukar kerana syaitan sentiasa berusaha untuk menghalang usaha-usaha kepada kebaikan. Lebih-lebih lagi di dalam zaman teknologi sekarang ini, di mana anak-anak kita terdedah kepada perkara-perkara yang melalaikan. Sebelum kita menjawab persoalan di atas, pertama-tamanya ibubapa harus perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu. Pastikan diri kita sudah melaksanakan ibadah terutama yang asas. Pendek kata, kita haruslah terlebih dahulu menunjukkan jalan untuk beribadah sebagai "model" kepada anak-anak kita. 

Friday, December 3, 2010

4-dalam-1: Harga petrol, diesel, gas, gula naik lagi

Sumber : Malaysiakini

Harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG) dan gula naik mulai tengah malam ini. Ia berikutan keputusan kerajaan menyelaraskan kadar subsidi.

azlanPetrol RON95, dinaikkan 5 sen menjadikan RM1.90 seliter.
Dua hari lalu, petrol RON 97 naik sebanyak 15 sen kepada RM2.30 seliter. Kenaikan itu berikutan perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Harga diesel turut naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram.
Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.

Keluarga Baru Surada

Bangi, Seksyen 9: 30 November 2010

Usai sudah penantian panjang nan melelahkan.
Harapan dan kecemasan akhir tergantikan sukacita saat buah hati telah lahir.
Detik 3.28pagi, insan suci menjenggah dunia.
Sempurna sifatnya. Alhamdulillah.


"Semoga kamu diberkati di dalam apa yang diberikan kepadamu. 
Semoga kamu bersyukur kepada yang memberi. 
Semoga kamu diberi rezeki dengan kebaikannya, dan 
Semoga ia mencapai masa balighnya."

All praises to Allah : Setiausaha PPDS